Post kali ini merupakan coretan sepanjang 2012. Saya merasakan sebuah pengalaman yang sangat mencuit dan menjentik rasa dalam diri saya. Pengalaman setahun sebagai salah seorang tenaga pengajar di SKUP membuatkan saya berada dalam sebuah dunia yang berbeza. Susah hendak diluahkan melalui perkataan.
Secara ringkasnya, SKUP terletak di kawasan tebingan ulu sungai pelagus yang menempatkan seramai 60 orang pelajar dan 21 orang staff akademik dan bukan akademik (*enrolmen setakat blog ini dinukilkan). Pelajar disini datangnya daripada beberapa buah rumah panjang dan penempatan kem yang berada di sekitarnya dan yang paling jauh adalah dari kawasa Sg. Anap, Tatau, Bintulu. *mesti tertanya-tanya kan? Sebenarnya, kawasan SKUP ini terletak di tengah2 kawasan atas Kapit dan Tatau, Bintulu. So, ada ibu bapa yang menghantar anaknya di SKUP dan majoritinya bersekolah di SK Tatau.
Hurmm, apa kaitan topik ni yer? kenyataan di atas ni sekadar pengenalan serba ringkas sahaja. So, apa yg 'awesome'nya? hehe..sekadar nak berkongsi beberapa foto para pelajar sekitar aktiviti pada tahun 2012 yang lepas.
*barisan gadis2 pelagus yang menunggu untuk mandi di sungai |
*style seorang murid Tahun 1 mempamer bakatnya.. |
*bravo! saya sendiri agak fobia dengan ais/sungai...apatah lagi mendayung.. menjentik jiwaku serba sedikit.. |
*salah seorang murid yang 'merelakan' dirinya di tanam dalam pasir.. |
*p/s foto ini telah diambil semasa sesi perkelahan di sebuah lubuk di tepi sungai kira2 15 minit perjalanan dari sekolah..
*sebuah pengalaman yang sangat BEST!
stay tune for more updates!~
-[^_^]RJ-
No comments:
Post a Comment