Salam kepada pembaca. Post pada kali ini adalah berkaitan perkongsian "personaliti melalui warna" Setiap warna itu menggambarkan sebuah personaliti yang diwakili oleg seseorang itu. Di bawah ini adalah sedikit perkongsian ilmu yang saya perolehi daripada web http://sutera-kasih.tripod.com/tips/id10.html berkaitan dengan 'warna lambang keperibadian lelaki"
Warna Pilihan Lambang Peribadi Lelaki
Putih
Melambangkan
kesucian dan kesegaran. Ia symbol seorang yang ingin memulakan hidup
baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Lelaki
yang gemarkan warna putih amat gemarkan kebersihan dan dia begitu
menitikberatkan soal kekemasan diri. Anda yang sukakan warna bersih ini
juga seorang yang cermat dalam pelbagai hal.
Merah
Melambangkan
tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia melambangkan bahawa pemakainya
dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya, ia melambangkan
bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan kemarahan.
Merah Jambu
Ia
adalah gabungan warna merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan
kerana itu lelaki yang gemar warna ini, biasanya berjiwa lembut dan
penuh kasih saying yakni romantis. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan
juga perasaan.
Oren
Warna
ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah melambangkan kekuatan
kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna
kuning. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia
dianggap warna yang amat kuat dan pelik bagi sesetengah orang.
Kuning
Ini
adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarikan intelektual
dalam pelbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba
berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi
sesetengah orang ia dianggap warna yang memaksa. Ada juga yang
mengaitkan kuning dengan sifat pengecut.
Hitam
Ia
adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga
melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri dalam semua
keadaan.
Coklat
Ia
tanda pengasih, dan mempunyai prospek masa depan. Lelaki yang gemarkan
warna ini juga dikatakan seorang yang berjimat cermat ketika
membelanjakan wangnya. Sehinggakan ada masanya, lelaki ini dikatakan
berkira dan kedekut untuk mengeluarkan setiap wang ringgitnya. Jadi,
tidak hairanlah jika mereka ini mempunyai simpanan yang banyak.
Hijau
Warna
ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia dianggap warna alam. Warna
hijau dikaitkan dengan cemburu. Lelaki yang gemarkan warna ini juga juga
dikatakan tidak banyak bercakap.
Ungu
Ia
adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang
tersembunyi. Orang yang memakai warna ini dikatakan mempunyai
pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.
Jadi, ketahuilah personaliti anda.
RJ:)
No comments:
Post a Comment