Jom berpantun...
Salam. RJ kali ni nak mengajak semua berpantun. Pantun merupakan salah satu medium hiburan melayu yang telah digunakan sejak berkurun lamanya. Pantun adalah warisan yang harus dikekalkan bukannya dilupakan walaupun dengan wujudnya pelbagai medium yang canggih yang tumbuh bak cendawan selepas hujan.
|
ihsan encik GOOGLE :) |
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Buah pauh delima batu,
Anak sembilang ditapak tangan,
Biar jauh beribu batu,
Akan selalu dalam ingatan.
Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.
Rambai lebat
tepian padi
Dimakan keldai
santapan tenaga
Wahai sahabat
jalinan abadi
Takkan terlerai
takkan dilupa
Kisah disebut
kisah ditutur
Pantun menyambut
cerita diatur
Lidah dan mulut
madah dihambur
Santun bertaut
indah nan luhur.
Senyumnya indah
semua mengendah
Gurau dan senda
rencah bahgia
Angkara marah
semua melatah
Walau berduka
susah bersama
Danau seberang
sepi buana
Pulau yang indah
cengal dan rotan
Kalau dah senang
dikongsi bersama
Walau susah
ditinggal jangan
Merbah hutan
singgah di laman
Laman mawar uda
dan dara
Akulah rakan
akulah teman
Teman penawar
duka dan lara
Bukan lebah
sebarang lebah
Lebah bersarang
di ruas buluh
Bukan sembah
sebarang sembah
Sembah berkarang
jari sepuluh
|
Pelawak, Abon ..seorang artis/pelawak yang bijak dalam mencanai ayat berpantun.. |
|
| * |
|
Untuk mencipta pantun, empat kerat atau dua kerat adalah yang paling senang untuk ditulis. ayat setiap baris mesti kurang 12 suku kata untuk bunyi yg 'cantik'. Hujung setiap baris mesti rima A,B,A,B barulah betul... itu yg 'basic' kalau RJ tak silap.. apa2pun semoga semua 'enjoy' berpantun.. :)
Sekian sahaja perkongsian RJ untuk entri kali ni. Semoga sahabat2 RJ semua sihat dan terus aman dan damai sentiasa. Amin.
RJ :)