Salam. RJ nak share sedikit kelebihan ketawa. RJ suka ketawa kalau kena pada tempatnya :) Benda ni RJ share daripada laman http://www.top5reason.com/index.php/8-kelebihan-ketawa-yang-perlu-anda-tahu/ semoga kita semua happy2 selalu. Jangan stress2 ok?! ^__^
Mengurangkan stress-
Kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk
menurun ketika anda ketawa. Disebabkan hormon-hormon inilah yang
memberi tekanan terhadap sistem ketahanan tubuh yang boleh
mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kesihatan yang tidak baik.
Satu kajian mendapati bahawa ketawa membantu mengurangkan stress dan
meningkatkan fungsi ketahanan tubuh. Ia juga sangat bermanfaat untuk
rawatan pesakit kanser dan HIV.
Memperbaiki aliran dan tekanan darah- Ketawa telah
terbukti dapat menurunkan atau mengimbangkan tekanan darah dan
meningkatkan aliran darah vaskular. Ianya dapat membantu untuk
melancarkan kembali peredaran darah dan meningkatkan oksigen dalam
darah. Selain daripada itu, ketawa juga merupakan terapi terbaik untuk
memerangi penyakit jantung.
Merupakan senaman- Hasil daripada penyelidikan
menunjukkan bahawa dengan ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga yang
digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit
mengayuh basikal.
Meningkatkan ketahanan tubuh- Dengan ketawa telah
terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang
merupakan antibodi penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan
terutama dalam sistem pernafasan.
Menghilangkan kesakitan- Ketawa adalah merupakan
rawatan secara semulajadi yang dapat membantu untuk menghilangkan rasa
sakit walaupun ia hanya bersifat sementara.
Meningkatkan kemahiran bersosial- Perasankah anda
dengan ketawa dapat memudahkan lagi seseorang untuk berhubung,
berkomunikasi dan sebagainya. Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih
mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Sesuatu
perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.
Mengurangkan agresif- Dengan ketawa akan menyebabkan
anda menjadi lebih tenang dan kurang agresif, yang boleh membantu anda
membentuk perspektif yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya
berlaku di sekitar anda. Dalam sebuah kajian, seseorang yang gemar untuk
menonton video lucu kurang bersifat agresif berbanding orang yang tidak
suka menontonnya.
Memberi tenaga kepada organ dalaman- Seperti yang
telah dinyatakan, ketawa akan meningkatkan aliran darah, mengurangkan
hormon stress dan secara tidak langsung merupakan salah satu senaman.
Dengan kata lain, ketawa dapat membantu untuk mencerdaskan otak, jantung
dan paru-paru serta merangsang organ-organ ini ke dalam tindakan yang
anda lakukan dan memberikan tenaga terhadap organ-organ ini untuk
berfungsi dengan baik.
Semoga pembaca blog RJ mendapat serba sedikit info daripada perkongsian ini.
RJ :)
No comments:
Post a Comment