Saturday 2 February 2013

IMBASAN...RJ DAN LAMBAIAN KAABAH 2005

Memori Ketika Hajj 2005

Salam. Post kali ini, RJ ingin berkongsi bersama-sama rakan pembaca RJ sekalian tentang memori ketika sesi Haji 2005 yang saya sendiri telah dijemput menjadi 'tetamu-Nya' bersama keluarga tercinta. Memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kenangan yang telah bersemi selama 8 tahun itu. Pada 2005, RJ berumur 17 Tahun dan saya amat bertuah dan bersyukur kerana telah dipilih untuk menjadi tetamuNya pada Hajj 2005 tersebut. 

Saya pada masa itu telah sibuk dengan ujian SPM 2005 dan tiba suatu ketika, ibu bapa saya memberitahu yang 'kami' telah terpilih untuk menjejak kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah. Saya berasa agak tergamam seketika dan pada masa yang sama hati berasa gembira kerana menjadi salah seorang daripada berjuta umat islam yang dipilih untuk ke'sana'. 

Dipendekkan kisah, kurang lebih seminggu selepas tamat SPM 2005, iaitu awal Disember 2005, saya dan keluarga berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadat Haji di sana. Kami antara 3 penerbangan jemaah haji Sarawak dan kami berangkat ke sana menggunakan penerbangan catar haji KT46 terus ke Jeddah. Berbaur rasa dan pelbagai benda berlegar di fikiran ketika itu dan saya berdoa kepada Allah, semoga urusan kami dipermudah.

Seperti jemaah haji yang lain, kami telah diagihkan kepada muassasah yang menjaga kami. Saya seperti tidak menjangkakan saya akan menjejak kaki di bumi Allah dan sepanjang perjalanan itu rasa berdebar, bulu roma menegak dan macam2 lagi. Syukur, kami telah sampai dengan selamat. Terasa kecil diri ini melihat keagungan Nya melihat di depan mata Kaabah dan menjejak kami ke dalam Masjidil Haram. Subhanallah. Mengalir juga air mata kerana terharu dan gembira dapat bertamu di sini.

Pelbagai tempat, kenangan dan cabaran telah dilalui sepanjang lebih kurang 42 hari berada di bumi Allah. Macam2 gelagat manusia yang berkunjung ke bumi Nya ini. Memang menjadi setiap muslim ingin menjejak kaki ke bumi Allah ini dan menjadi salah satu Rukun dalam islam, mengerjakan Haji bagi yang mampu. Syukur, Allah telah memberikan kemampuan kepada saya, bukan setakat mampu secara lahiriah bahkan secara insaniah. 

Saya juga sempat menziarah ke beberapa tempat di tanah suci seperti Gua Thur, kawasan ternakan unta di madinah, masjid quba', qiblatain, perkuburan baqi', jabal uhud, bukit pemanah dan banyak lagi tempat di sana. Antara momen yang paling diingati adalah saya diberikan peluang dan ruang untuk pergi ziarah ke makan Nabi Muhammad SAW di Masjidil Nabawi di Madinah. Subhanallah. Walau berhimpit dengan jemaah lain, syukur ruang itu ada untuk diri saya menziarah walau beberapa minit sahaja. Alhamdulillah.

Hari kemuncak ibadah adalah 'wukuf' di padag Arafah. memohon doa meminta ampun kepada pencipta agar segala kesalahan diampunkan dan setiap daripada insan akan berasa sebak kerana kita manusia tidak lari dari dosa. Dengan peluang ini, in sha ALLAH dapat menjadi salah satu jambatan untuk menuju keampunan dan keredhaan daripadaNya. Sungguh indah segala aturan yang telah dirancang oleh Nya.

Pengalaman selamah lebih sebulan disana mengajar saya banyak pengalaman serta pengajaran ikhtibar untuk saya mengharungi apa jua yang mendatang. Cerita dan kisah ini sekadar perkongsian kecil daripada saya dan mungkin tidak dapat digambar dengan kata-kata. mungkin juga para pembaca mempunyai pengalaman perkongsian daripada mereka2 yang lain yang juga sudah menjejak kaki ke tanah suci tersebut. 

Foto2 di bawah ni, RJ nak kongsikan kepada rakan2 pembaca RJ :)

Bergambar bersama parent selepas selesai melontar jamrah di Mina. Syukur ketika waktu tersebut jemaah lain tidak begitu ramai..

memori bergambar di hadapan masjid nabawi di madinah.. :)

beberapa hari selepas sampai dari Malaysia...lawatan ziarah ke kawasa Jabal Thur..

bergambar wif family dan posing bersama unta ...

kenangan sewaktu berangkat ke tanah suci...sebelum menaiki pesawat... kereta bomba jadilah hehe

ladang unta..best!..

Sekian saja sesi perkongsian RJ kali ni. Semoga kita akan terus aman damai di bumi Tuhan ini.

RJ :)

No comments:

Post a Comment