Thursday 31 January 2013

JOM NYANYI!

SET INDUKSI SAINS TAHUN 4

Salam para pembaca. Post kali ini, saya nak share serba sedikit info berkaitan sesi P&P untuk subjek Sains Tahun 4 (Topik : Proses Hidup Manusia - Tindak Balas Manusia Kepada Ransangan). Untuk sesi tersebut, saya menggunakan teknik nyanyian bagi menarik minat pelajar. Saya ubah liriknya dengan mengaitkan unsur 'tindak balas' manusia dan pada masa yang sama juga unsur teladan dan pengajaran diselitkan. Teknik nyanyian juga boleh digunakan selain daripada teknik lain. Hal ini boleh kita kaitkan dengan teori Howard Gardner (teori kepelbagaian). Saya rasa murid saya minat menyanyi, so, mereka dapat mengikutinya dengan baik, mungkin cara sebegini boleh dimurnikan lagi untuk memantapkannya. Good Luck!


cuba , jgn x cuba yee... 

RJ:)

Monday 28 January 2013

RESEPI DALAM BELANTARA...SEDAP TUU...


Salam Pembaca... foto di atas adalah sayur sayuran hutan iaitu pucuk paku dan ikan sungai iaitu 'ikan tengadak'. Menurut sumber daripada guru dan warga kampung, ikan ini antara ikan yang mahal jugak di kawasan ini. Jika saiznya besar harganya boleh dikatakan agak lumayan. Apa pun saya berterima kasih kepada mereka yang memberi peluang kepada saya untuk merasa nikmat ikan sungai ini. Syukur.

RJ :)

Saturday 26 January 2013

WARNA LAMBANG PERSONALITI LELAKI

Personaliti Melalui Warna

Salam kepada pembaca. Post pada kali ini adalah berkaitan perkongsian "personaliti melalui warna" Setiap warna itu menggambarkan sebuah personaliti yang diwakili oleg seseorang itu. Di bawah ini adalah sedikit perkongsian ilmu yang saya perolehi daripada web http://sutera-kasih.tripod.com/tips/id10.html berkaitan dengan 'warna lambang keperibadian lelaki"

Warna Pilihan Lambang Peribadi Lelaki


Putih

Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia symbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Lelaki yang gemarkan warna putih amat gemarkan kebersihan dan dia begitu menitikberatkan soal kekemasan diri. Anda yang sukakan warna bersih ini juga seorang yang cermat dalam pelbagai hal.

Merah

Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan kemarahan.

Merah Jambu

Ia adalah gabungan warna merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan kerana itu lelaki yang gemar warna ini, biasanya berjiwa lembut dan penuh kasih saying yakni romantis. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

Oren

Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia dianggap warna yang amat kuat dan pelik bagi sesetengah orang.

Kuning

Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarikan intelektual dalam pelbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi sesetengah orang ia dianggap warna yang memaksa. Ada juga yang mengaitkan kuning dengan sifat pengecut.

Hitam

Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri dalam semua keadaan.

Coklat

Ia tanda pengasih, dan mempunyai prospek masa depan. Lelaki yang gemarkan warna ini juga dikatakan seorang yang berjimat cermat ketika membelanjakan wangnya. Sehinggakan ada masanya, lelaki ini dikatakan berkira dan kedekut untuk mengeluarkan setiap wang ringgitnya. Jadi, tidak hairanlah jika mereka ini mempunyai simpanan yang banyak.

Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia dianggap warna alam. Warna hijau dikaitkan dengan cemburu. Lelaki yang gemarkan warna ini juga juga dikatakan tidak banyak bercakap.

Ungu
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.

Jadi, ketahuilah personaliti anda

RJ:) 

PANORAMA SKUP

Panorama SKUP dikala selepas hujan

Salam kepada pembaca blog RJ. Foto di bawah ini adalah sedikit perkongsian berkenaan panorama blok sekolah selepas hujan. ^_^

*pemandangan blok sekolah dari atas bukit *rumah GB...


Sekolah SKUP ni cuma mempunyai 2 blok kelas sahaja, 1 blok dewan makan, 3 blok asrama, 7 blok rumah guru. Kehidupan di pedalaman ni amatlah memberikan makna yang mendalam kepada saya. LOVE IT!~

RJ :)

Friday 25 January 2013

'LESEN' DALAM KELAS...

oh, buku RPH! 

RPH? apa itu RPH? Baiklah, RPH adalah singkatan kepada Rancangan Pengajaran Harian. RPH merupakan 'lesen' untuk mengajar dalam kelas yang bertindak sebagai panduan kepada guru2 bagi memastikan perjalan P&P sentiasa berada dalam keadaan yang lancar. 

Jadi, untuk tahun 2013 ni, tahun kedua saya berkhidmat, membuka lembaran baharu, wajah baharu kepada buku RPH ni..:) Saya berharap tahun 2013 ni akan memberikan berkat dan nikmat yang tidak terhingga dalam usaha menerapkan pendidikan dalam kalangan pelajar..

*Muka depan buku RPH 2013 :)
 
RJ:)

KONGSI KARYA

KARYA 1 : SAJAK
"INGIN MENJADI HEBAT"
Nukilan: Aderuzze Jauhari

Sajak "Ingin Menjadi Hebat" adalah sebuah sajak khas saya cipta untuk para pelajar Tahun 6 saya yang ber'graduasi' pada 2012 yang lepas. Semua idea ini adalah secara tidak langsung terlintas dan saya garapkan menjadi sebuah sajak yang ringkas ini. Terima kasih kepada pelajar Tahun 6/2012 iaitu Brawah Anak Lian yang telah mendeklamasikannya dengan baik sekali. Cikgu bangga dengan kamu!



Langkah demi langkah
Ku mengatur tiap tapak kakiku menjejak bumi
Bermula setiap kehidupan
Ku masih mencari tujuan dalam kesamaran
Hatiku ada berbisik
Ingin menjadi hebat?

Langkah demi langkah
Terus ku atur
Menyusuri setiap haluan
Mencari suatu yang bermakna
Buat diriku, keluargaku dan juga hidupku
Aku terus mencuba selagi aku terdaya…dan…
Hatiku terus berbisik
Aku ingin menjadi seorang yang hebat

Tiap langkah itu
Aku harus, berhati-hati
Aku harus ,terus berani
Aku harus, mesti jejaki
Aku harus, tekad mendaki
Untuk menjadi hebat
Bukan berangan yang kuat
Disulami dengan berkat
Tidak mengenal lelah dan penat
Dan…hatiku terus kuat berkata
Aku menjadi seorang yang hebat
Buatku berbakti sekalian umat


*Brawah ak. Lian yang mendeklamasikan sajak ini...

In Sha Allah, saya akan terus berkarya di masa akan datang.

RJ :) 

Thursday 24 January 2013

BEING POSITIVE!

Say 'Cheese!'


Today is a good day! Baiklah, post kali ini RJ nak ajak semua utk jd positif dan lebih terbuka. It's all about mind set, kalau kita kata x boleh, x boleh lah..dan sebaliknya.. JUST BE POSITIVE dan hidup anda pada hari tu mungkin akan dipermudahkan. In Sha Allah.. :)

Begitulah, saya menanamkan sikap begini kepada anak2 murid saya. Saya akan marah jika mereka kata 'tak boleh cikgu' tanpa mencuba. Belum cuba lagi dah cakap tak boleh. Saya tak akan marah sekiraya mereka cuba tapi jawapan/pendapat ada yang kurang tepat dsb. So, perlu cuba dulu dan janga mudah putus asa. STAY POSITIVE all the time! :)

RJ :)

AJK BILIK GURU...SO, APA LAGI...

KECERIAAN BILIK GURU

Tahun 2013 dimulakan dengan sesi menceriakan bilik guru dengan sedikit pembaharuan. Kiranya 'tukar kulit' katakan. Tahun ni 'bermain' dengan pelbagai warna yg agak terang benderang..:) Saya dan beberapa org guru serta staff lain memerah keringat untuk menjayakan misi tersebut. Tak dapat nak jadi 'eric leong' dlm casa impian, kat sekolah pun jadi lah..keseluruhannya, belum siap, cuma beberapa bahagian yg difokuskan sahaja dulu..bhg lain akan disiapkan sedikit masa lagi.. :)


*papan notis am dan pekeliling ..

*papan notis Unit2 KK, HEM dan Akademik

*papan tanda untuk setiap kelas..Thn 3 dan 5 dah d tampal.. :)

*Jadi, ayuh sama2 majukan sekolah untuk negara :)

RJ :)

SIAPA YANG KAHWIN?

KAD JEMPUTAN KAHWIN...

Salam Semua! Jangan terkejut tentang kad2 kahwin ni..bukan saya yg nak kahwin ya.. :) kad kahwin ini adalah 'buatan sendiri' daripada saya untuk seorang rakan guru di sekolah ni yg bakal melangsungkan hari bahagia nya.. (sudah berlangsung sebenarnya)..actually, kad ini untuk sesi resepsi bulan 12/2012 yang lepas.. saya sekadar nak menolong rakan guru ini dan bukan utk side income.. ^_^ apa2pun, saya memang enjoy walau simple dan tak sehebat cetakan d kedai..syukur, tuan badan puas hati atas hasil tersebut..dan sekali ganda jimat daripada cetakan di kedai, cetakan untuk 500 keping kad dalam masa seminggu.. :) Syukur, dapat disiapkan dengan jayanya..

*sebahagian daripada kad jemputan yg dihasilkan..


*kad yg belum di 'touch up' lagi..:)

kad ini khas buat rakan guru PN.MOLLY KIRUP :)

-[^_^]RJ-

TERUBOK!

Kitak Orang Tauk Sal TERUBOK?

Ok, post kali tok kmk nak klaka swak lah ooo.. pasal terubok. Terubok antara 'gift' yg faymes especially cdak pengunjung dr semenanjung, sabah or org swk kedirik mun nya pg ke kuching. Kenak ka terubok tk faymes gilak?? xjuak kmk pande mk explain koh.. TERUBOK, di kpg kamek d Pusa, Betong terkenal ngan ikan terubok sungei..mun nya terubok laut, terubok Thailand urg madah ya.. tk terubok sungei, nang sedap especially part telor nya..! tapi ikan tk bermusim mun d area kamek ctok..d kpg kamek sekilo dalam ranto RM30 giya mun nya betelor lah, mun nya x da telor murah dikit. Kamek nak madah ngan ktk orang semua, mun d pais, d kukus kah, nang pesen nya lah ya..sedap oiii! :) apa2 pun..enjoy jak foto debah tok k..sharing is caring tagline Datin Ba'ah Cats.FM.. 

*tok terubok ada telor, saiz telor nya sebesar tapak tangak dewasa..

*sebelum dibelah..p tok masih saiz sederhana...lom da rezeki nemu nok besar dikit.. :)

*mintak maap mintak ampun mun pandey lapar nangga foto tk sbb kamek dirik pun pandey poknek entam nya..hehe "SALAH SATU KEUNIKAN SARAWAK' ok ya ajak dolok nong..kelak besusey agik kita..

-[^_^]RJ-

CERITA BALA NEMBIAK AKU .. CERITA ANAK MURID KU

Mereka Yang Membuatkan Diri Mereka 'AWESOME' 1

Post kali ini merupakan coretan sepanjang 2012. Saya merasakan sebuah pengalaman yang sangat mencuit dan menjentik rasa dalam diri saya. Pengalaman setahun sebagai salah seorang tenaga pengajar di SKUP membuatkan saya berada dalam sebuah dunia yang berbeza. Susah hendak diluahkan melalui perkataan. 

Secara ringkasnya, SKUP terletak di kawasan tebingan ulu sungai pelagus yang menempatkan seramai 60 orang pelajar dan 21 orang staff akademik dan bukan akademik (*enrolmen setakat blog ini dinukilkan). Pelajar disini datangnya daripada beberapa buah rumah panjang dan penempatan kem yang berada di sekitarnya dan yang paling jauh adalah dari kawasa Sg. Anap, Tatau, Bintulu. *mesti tertanya-tanya kan? Sebenarnya, kawasan SKUP ini terletak di tengah2 kawasan atas Kapit dan Tatau, Bintulu. So, ada ibu bapa yang menghantar anaknya di SKUP dan majoritinya bersekolah di SK Tatau.  

Hurmm, apa kaitan topik ni yer? kenyataan di atas ni sekadar pengenalan serba ringkas sahaja. So, apa yg 'awesome'nya? hehe..sekadar nak berkongsi beberapa foto para pelajar sekitar aktiviti pada tahun 2012 yang lepas. 

*barisan  gadis2 pelagus yang menunggu untuk mandi di sungai

*style seorang murid Tahun 1 mempamer bakatnya..

*bravo! saya sendiri agak fobia dengan ais/sungai...apatah lagi mendayung.. menjentik jiwaku serba sedikit..

*salah seorang murid yang 'merelakan' dirinya di tanam dalam pasir..

*p/s foto ini telah diambil semasa sesi perkelahan di sebuah lubuk di tepi sungai kira2 15 minit perjalanan dari sekolah..
*sebuah pengalaman yang sangat BEST!

stay tune for more updates!~

-[^_^]RJ-

en route to 'SK ULU PELAGUS'

Perjalanan Ke Sekolah  I

OK, sekarang saya nak bawa anda menyelusuri perjalanan ke sekolah saya. Dari sibu sampai ke sekolah tapi biarlah gambar yang berbicara bagi pihak saya. :)

Dari Sibu ke kapit (terminal express SIBU)..so, anda boleh pilih nak naik express pukul berapa seawal jam 5.45 pagi dan express paling akhir 2 petang. Saya biasanya akan naik express jam 10.30am atau 11.45am atau 12.30pm ^_^ 



*salah satu pilihan EXPRESS SIBU BOLEH (1030am/12.30pm)
*express bergantung kepada pihak pengurusan samada SIBU BOLEH, KAPIT BOLEH, HUSQVARNA BOLEH atau SARAWAK BOLEH.
*seat FIRST CLASS RM30, BUSINESS CLASS RM25, ECONOMY RM20



*seat FIRST CLASS tapi x semua express mempunyai prasarana spt di atas cuma 
HUSQVARNA BOLEH 268
(credited to sahabatku yg jd model)


*inilah selok belok perjalan ke destinasi pilihan..so KAPIT is 126km from SIBU..

*destinasi ..KAPIT so, inilah bandar kapit p/s view daripada express kawasan tebing sungai Kapit..beberapa Jeti Express kelihatan..
*perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit hingga 3 jam



 
*perjalanan seterusnya dengan menggunakan bot panjang... p/s foto di atas rakan2 guru sekolah berada dalam bot panjang mengharungi perjalanan selama 30 minit untuk ke stesen seterusnya..



*stesen batu arang..sesampainya di sini, saya bersama rakan2 guru lain akan meneruskan perjalanan selama 2 jam lagi menaiki 4wd untuk sampai ke sekolah ..
*btw tambang bot panjang RM8/person..



*perjalanan ke skolah menaiki 4wd... berselisih dengan kenderaan kem yang membawa pekerja2 balak *UNIK* just speechless :P

.............ada kalanya malang tidak berbau,


*kenderaan 4wd mengalami masalah teknikal...cuma bersabar, ada ketikanya kami sampai kat sekolah kira2 jam 8pm..dengan keadaan kenderaan yang kurang mengizinkan, syukur! sampai juga..


 *dan..inilah sekolah saya.. tempat menabur bakti.. 

Semoga rakan pembaca dapat serba sedikit info melalui perkongsian saya pada ruangan RJ ini. Hurm..what's next? Ok..stay tune for more updates!~ :)

*foto sekolah - kredit kepada rakan sayahafizi.blogspot.com

-[^_^]RJ-

SEBAGAI SEORANG 'PENGAJAR' A.K.A 'CIGU'

18 Januari 2012

Ada apa dengan tarikh diatas? Hurmm, 18 Januari 2012 bermulah langkahku sebagai seorang 'pengajar' atau 'cigu' bahasa panggilan (Iban) di salah sebuah kawasan pedalaman di bahagian Kapit, Sarawak. Yeah! Setelah 5 1/2 tahun, akhirnya khidmatku diperlukan di sana. Syukur!

SK ULU PELAGUS, 96800 KAPIT, SARAWAK
skulupelagus.blogspot.com


cer cari kat mana sekolah saya..huhu... mula2 risau jugak bila mengetahui tentang penempatan pertama saya di sana. (arghh forget it!) ^_^ beberapa minggu, bulan dan sampai sekarang, "terukir di bintang, tak mungkin hilang cintaku padamu" mcm itu lah perumpamaannya.. JUST LOVE IT! 'a place like no others!"

Terdapat 40+ buah sekolah yang terletak di kawasan PPD Kapit dan majoritinya adalah kategori 'pedalaman'. Sekolah saya terletak di bawah 'pelagus rapid' atau dikenali sebagai jeram pelagus, that's why sekolah saya terletak dalam ZON LOPES singkatan bagi ZON LOWER PELAGUS. Terdapat 3 buah sekolah sahaja dalam zon ini iaitu, SK ULU PELAGUS, SK NANGA PELAGUS dan SK NG. ENCEREMIN dan juga merupakan zon yang paling sedikit sekolahnya.

Untuk siapa2 yang belum pernah ke sini (Kapit), Kapit merupakan bahagian terbesar di Sarawak dan jalan perhubungan adalah melalui sungai rajang sahaja...kena naik 'flight' atas sungai iaitu express untuk ke Kapit dan Song. Jangan bimbang! anda semua akan merasai pengalaman yang baharu menaiki boat express Sibu-Kapit. Bah, mupok duluk kami, legi 'post' utai baru...

-[^_^] RJ-


Wednesday 23 January 2013

SYUKUR...PERMULAAN YANG BAHARU

Secangkir Kopi, Secawan Madu


 

Assalamualaikum dan salam sejahtera... selamat datang ke..welcome to.., ahlan wasahlan ilaa.. BLOG RANDAU JAUHARI : langkah permulaan yang baharu kepada diri saya sendiri untuk berkongsi apa sahaja dalam ruangan ini kepada rakan2 semua. "budak baru nak bertatih" Sempena maulid nabi 1434H tahun ini, saya mengambil kesempatan untuk membuka ruang ini dan pada masa yang sama untuk saya mengambil langkah setapak ke hadapan. Terima Kasih kepada rakan2 yang turut membantu memberikan galakan.

CILI BENGGALA BELAKANG RUMAH,
LEBAT DAHAN KECIL BUAHNYA,
KONGSI CERITA, BERKONGSI KISAH,
BUAT KALIAN RAKAN PEMBACA.

In Sha Allah, banyak lagi nak dikongsi kepada rakan pembaca pada ruangan RJ ini. Teruskan 'follow' RJ untuk 'sharing' seterusnya. Terima Kasih.




-[^_^] RJ-