Saturday 2 February 2013

KISAH TOPI SEGIEMPAT

SEKITAR KONVOKESYEN 2012

Salam. Post kali ini, RJ nak berkongsi pengalaman dan kenangan sekitar majlis konvo IPG 2012 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Tahun tersebut merupakan konvo yang kedua IPG selepas 'batch' pertama telah diadakan pada 2011 yang lalu. Konvo tersebut telah diagihkan kepada 4 sesi dimana RJ pada sesi yang ke-3 iaitu hari kedua. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa seronoknya menghadiri konvo tersebut setelah lima setengah tahun berada di IPG untuk menimba ilmu. 

Konvo tersebut merupakan acara tahunan IPG dimana para graduan yang telah menamatkan pengajian dan lulus akan dapat menghadiri konvo tersebut untuk menerima seguluh ijazah sarjana muda. Memegang segulung ijazah merupakan impian setiap insan yang telah bertungkus lumus untuk menempatkan diri mereka dalam kalangan mereka yang layak. Seperti juga saya, pelbagai rintangan dan pengorbanan telah dikerah bagi memastikan impian tercapai. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung. Kepada ibu bapa dan keluarga saya, mereka merupakan kekuatan untuk saya terus bersemangat sehingga hari ini. Daannn...topi segiempat itu telah berjaya ditakluki... 

Foto-foto di bawah merupakan rangkuman memori sepanjang sesi konvokesyen khas untuk para pembaca blog RJ.

Rakan-rakan RJ ..gembira dan penuh ceria

menunggu pengumuman untuk masuk ke dewan

Syukur, GOT IT! rakan2 RJ yang gembira dengan ijazah yang diterima

rakan2 sepengajian RJ .:)

Rakan RJ mr. Albert ...now dia pun posting sama area dengan RJ.. :)

Selesai sudahhh....

Begitulah sesi perkongsian yang sempat RJ rakamkan dalam blog RJ ini. Stay tune for more updatesss!


RJ :)

No comments:

Post a Comment