Wednesday 27 February 2013

SAYANG APA ADANYA...

MENYAYANGI MEREKA APA ADANYA

Salam kepada semua pembaca blog RJ. Terasa sudah lama saya tidak mengirimkan 'post' terkini dalam blog RJ ini dek kerana beberapa kekangan yang harus saya hadapi. Ada apa dengan tajuk 'post' RJ pada hari ini?? Saya sebagai seorang guru novis yang baru berkecimpung dalam bidang pendidikan ini sedar betapa pentingnya usaha dalam mendidik dan mencurahkan ilmu kepada murid-murid. 

ihsan dr GOOGLE :)
Setiap murid ada perbezaan kelebihan masing-masing. Seperti murid-murid saya, tidak dinafikan bahawa ada diantara mereka mempunyai tahap kefahaman yang berbeza-beza. Walaupun mereka mempunyai kemampuan yang berbeza saya tetap memberikan tumpuan yang sama rata kepada mereka, yakni tiada sikap pilih kasih sesama mereka. 

Memang pada mulanya, saya agak risau dan ragu-ragu dengan kebolehan sama ada saya dapatkah mentadbir sebuah kelas yang mempunyai murid-murid yang sedemikian. Walau bagaimanapun, rasa itu dapat dihakis dan dikikis sedikit demi sedikit dan saya cuba untuk mengikut 'rentak' mereka.

Tidak pernah ada rasa untuk mengeluh kerana saya faham kebolehan murid-murid saya. Saya mencuba untuk menjadi lebih positif dan syukur semuanya boleh diatasi dari hari ke hari. Selagi ada ruang untuk membentuk peribadi dan tingkah laku mereka, selagi itu saya cuba dan berusaha untuk memperbaikinya.

murid-murid punyai kebolehan dan kepelbagaian masing-masing
Murid-murid adalah penyeri sesebuah bilik darjah kerana mereka adalah amanah bagi mereka yang bergelar pendidik. Apa adanya mereka, saya tetap menyayangi mereka. 

RJ :)

Wednesday 20 February 2013

FOTO 'NEMBIAK'

Hanya gambar tak perlu kata apa-apa .. Salam RJ :)

murid-muridku...TAHUN 5/2013

PSV...BIDAN TERJUN

WARNA DAN MEWARNA...

Salam. Semoga pembaca blog RJ sihat2 semuanya disamping orang tersayang. Subjek PSV adalah salah satu subjek yang digemari oleh saya sewaktu di sekolah dulu. Sehingga sekarang pun saya memang meminati hasil2 seni dan membuat aktiviti yang berkait rapat dengan kesenian. Walaupun saya tidak mahir melukis mahupun mewarna tetapi rasa mahu mencuba amat mendalam dan saya 'enjoy' melakukan. DO IT WITH PASSION.. :)

Hari ini sesi mewarna dan membuat corak lukisan harmoni bersama murid-murid. Walaupun mengajar subjek bukan major atau elektif tetapi saya tetap seronok bersama murid-murid mengajar dan belajar. Sama-sama belajar untuk meningkatkan dan memantapkan kemahiran dalam bidang yang diluar kebiasaan.

gelagat murid2ku mewarna dengan warna yang bertaburan di atas meja
Jom warnai dunia anda. :)

RJ :)

Monday 18 February 2013

JOM NYANYI!

Lagu KING KONG !..

Salam diucapkan kepada pembaca2 blog RJ. Semoga waktu ini kalian dalam keadaan yang sihat, ceria dan gembira. RJ pada entri kali ini ingin berkongsi lagu yang mungking tidak berada dalam carta Hot FM 30 atau ERA 40 atau muzik2  hehe.. Lagu 'King Kong' ini adalah hasil ciptaan seorang sahabat RJ ketika menuntut dahulu dan sering digunakan ketika sesi 'Orientation' ataupun pada awal2 sesi P&P untuk menarik minat murid-murid.

Lagu ini mesti disertai dengan pergerakan atau gaya king kong mengikut bait2 lirik yang telah tersenarai. Jika lirik kata 'makan' kena buat aksi 'makan' lebih kurang mcm itulah..Bait2 lirik lagu 'King Kong' ini adalah seperti di bawah ini.;

KING KONG BADANNYA BESAR...HUK HUK
TAPI KAKINYA PENDEK..HUK HUK
SUNGGUH ANEH BINATANG INI..

(GAYA SEEKOR KINGKONG SAMBIL PUSING KELILING, 
TANGAN TEPUK ATAS KEPALA)
BADANNYA BESAR
KAKINYA PENDEK ...HUK HUK..




Lirikny mungkin ringkas tapi mungkin akan memberikan keseronokkan apabila dilakukan dengan kanak-kanak. :)

RJ :)

Sunday 17 February 2013

KAPIT DAN SUNGAI RAJANG

Haluan dan Laluan

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog RJ. RJ ucapkan 'terima kasih' setingg-tingginya kepada pembaca RJ yang sudi singgah kat blog RJ ini. Selama kira-kira setahun saya berkhidmat di kawasa Kapit ini, banyak juga pengalaman dan memori yang saya dapat selama tempoh tersebut. Sesungguhnya, tempat ini sungguh tenang dan penuh dengan adat dan tradisi. 

Seperti pada post2 yang dahulu, Kapit hanya boleh dihubungi dengan jalan air sahaja (setakat ini). Apabila sampai di kawasan kapit. Pengangkutan utama ke kawasan pedalaman lain (rumah2 panjang) iaitu dengan perahu panjang @ bot. 

Kawasan-kawasan di pedalaman kapit majoritinya dihubungi dengan sungai-sungai kecil daripada cawangan sungai utama iaitu Sungai Rejang dan Sungai Baleh. Selain daripada bot, alternatif lain adalah express yang hanya akan berangkat dari pasar Kapit pada pukul 1130 pagi. 

Saya secara peribadinya saya amat kagum dengan kawasan ini sungguhpun terdapat banyak kawasan pedalaman lain di Sarawak khasnya; masing2 ada kelebihannya. 

pengangkutan utama ke kawasan pedalaman sungai di Kapit

RJ:)

PENDAFTARAN UPSR 2013

UPSR Mode!

Pendaftaran UPSR sudah dibuka untuk calon2 tahun 2013. Borang2 yang perlu dilengkapkan dan dihantar ke PPD selain daripada pendaftaran secara dalam talian. Semoga dipermudahkan urusan. 

contoh ..borang perakuan calon..isi 2 salinan serta gambar

RJ :)

Friday 15 February 2013

KETAWA... Just for laugh!

APA ITU KETAWA? KELEBIHAN KETAWA

Salam. RJ nak share sedikit kelebihan ketawa. RJ suka ketawa kalau kena pada tempatnya :) Benda ni RJ share daripada laman http://www.top5reason.com/index.php/8-kelebihan-ketawa-yang-perlu-anda-tahu/ semoga kita semua happy2 selalu. Jangan stress2 ok?! ^__^

 


Mengurangkan stress- Kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun ketika anda ketawa. Disebabkan hormon-hormon inilah yang memberi tekanan terhadap sistem ketahanan tubuh yang boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kesihatan yang tidak baik. Satu kajian mendapati bahawa ketawa membantu mengurangkan stress dan meningkatkan fungsi ketahanan tubuh. Ia juga sangat bermanfaat untuk rawatan pesakit kanser dan HIV.

Memperbaiki aliran dan tekanan darah- Ketawa telah terbukti dapat menurunkan atau mengimbangkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah vaskular. Ianya dapat membantu untuk melancarkan kembali peredaran darah dan meningkatkan oksigen dalam darah. Selain daripada itu, ketawa juga merupakan terapi terbaik untuk memerangi penyakit jantung.

Merupakan senaman- Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa dengan ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal.

Meningkatkan ketahanan tubuh- Dengan ketawa telah terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang merupakan antibodi penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan terutama dalam sistem pernafasan.

Menghilangkan kesakitan- Ketawa adalah merupakan rawatan secara semulajadi yang dapat membantu untuk menghilangkan rasa sakit walaupun ia hanya bersifat sementara.

Meningkatkan kemahiran bersosial- Perasankah anda dengan ketawa dapat memudahkan lagi seseorang untuk berhubung, berkomunikasi dan sebagainya. Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.

Mengurangkan agresif- Dengan ketawa akan menyebabkan anda menjadi lebih tenang dan kurang agresif, yang boleh membantu anda membentuk perspektif yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda. Dalam sebuah kajian, seseorang yang gemar untuk menonton video lucu kurang bersifat agresif berbanding orang yang tidak suka menontonnya.

Memberi tenaga kepada organ dalaman- Seperti yang telah dinyatakan, ketawa akan meningkatkan aliran darah, mengurangkan hormon stress dan secara tidak langsung merupakan salah satu senaman. Dengan kata lain, ketawa dapat membantu untuk mencerdaskan otak, jantung dan paru-paru serta merangsang organ-organ ini ke dalam tindakan yang anda lakukan dan memberikan tenaga terhadap organ-organ ini untuk berfungsi dengan baik.

Semoga pembaca blog RJ mendapat serba sedikit info daripada perkongsian ini. 

RJ :)

RANDAU BERPANTUN...

Jom berpantun...

Salam. RJ kali ni nak mengajak semua berpantun. Pantun merupakan salah satu medium hiburan melayu yang telah digunakan sejak berkurun lamanya. Pantun adalah warisan yang harus dikekalkan bukannya dilupakan walaupun dengan wujudnya pelbagai medium yang canggih yang tumbuh bak cendawan selepas hujan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5ICrEec-bu7_uI58zSbHJ279sunDGrd5SB78eezjlaq2kuxbataSpCW_EXZr1epi6gv7Ms54qoRgBLW4pnJTgXzDgrzsSwKfMmkVrXQ_dYr7jwuc07OmwNW5bB1xWJ9P4dZ3sJJod_tk/s1600/pantun+jenaka.jpg
ihsan encik GOOGLE :)



Buah cempedak di luar pagar, 
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Buah pauh delima batu,
Anak sembilang ditapak tangan,
Biar jauh beribu batu,
Akan selalu dalam ingatan.

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.

Rambai lebat tepian padi
Dimakan keldai santapan tenaga
Wahai sahabat jalinan abadi
Takkan terlerai takkan dilupa

Kisah disebut kisah ditutur
Pantun menyambut cerita diatur
Lidah dan mulut madah dihambur
Santun bertaut indah nan luhur.

Senyumnya indah semua mengendah
Gurau dan senda rencah bahgia
Angkara marah semua melatah
Walau berduka susah bersama

Danau seberang sepi buana
Pulau yang indah cengal dan rotan
Kalau dah senang dikongsi bersama
Walau susah ditinggal jangan

Merbah hutan singgah di laman
Laman mawar uda dan dara
Akulah rakan akulah teman
Teman penawar duka dan lara

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di ruas buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah berkarang jari sepuluh



https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQkW9no-cTsRxQD9N7LXOza-5YR95jVoEE2mSa09YsAbgRdAx1c
Pelawak, Abon ..seorang artis/pelawak yang bijak dalam mencanai ayat berpantun..

 *
Untuk mencipta pantun, empat kerat atau dua kerat adalah yang paling senang untuk ditulis. ayat setiap baris mesti kurang 12 suku kata untuk bunyi yg 'cantik'. Hujung setiap baris mesti rima A,B,A,B barulah betul... itu yg 'basic' kalau RJ tak silap.. apa2pun semoga semua 'enjoy' berpantun.. :)

Sekian sahaja perkongsian RJ untuk entri kali ni. Semoga sahabat2 RJ semua sihat dan terus aman dan damai sentiasa. Amin.

RJ :) 

 

Wednesday 13 February 2013

LAGENDA SANTUBONG




SANTUBONG...LAGENDA SARAWAK

Gunung Santubong , foto ini diambil ketika saya berkunjung ke pantai pasir pandak tidak jauh daripada kawasan pantai damai santubong..
Salam. RJ kali ni nak share serba sedikit tentang kisah lagenda Puteri Santubong. Segala cerita dan kisah lagenda ini terpapar dalam lirik lagu Puteri Santubong iaitu sebuah lagu rakyat Sarawak.

Oh……
Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.

Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.

Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.

Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.

Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.

Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.

(kelaka sarawak) yalah tek, ngekot nok dalam lirik lagu tok, mcm ya lah kisah nya duak tok mensia marek. Masin2 x maok kalah, sorang madah nya kacak, sorang gik sik maok ngalah, ujong2 lalu kelaie nya duak. Asal nya duak dari kayangan, tapi banyak versi kisah tok, tapi benda tok jadi kenangan ajak lah..coma kita sik tauk cerita sebenar-benarnya. 

Puteri Santubong dan Sejinjang tok kelaie kotan nak berebut sapa paling kacak. Sejinjang maluk nukuk santubong makey alu padi ya lalu tebik muka nya, kinek tok jadi Gunung Santubong. Si santubong tek balas balit ngayun nya batang belidak ya kenak palak sejinjang bederey jadi pulo kerak. (taburan pulau di sekitar peraiaran santubong). Giya cerita nya lah, mun ngekot lirik lagu ya.

(diterjemah) berdasarkan lirik lagu rakyat tersebut, begitulah cerita/kisah ini zaman dahulu kala. kedua-dua orang puteri ini masing2 tidak mahu mengalah. Masing2 mengaku dia yang lebih cantik. Kedua-dua orang puteri ini asalnya dari kayangan jika berdasarkan kisah itu, tetapi terdapat banyak versi kisah santubong ini dan kisah yang sebenarnya tidak diketahui.

Dipendekkan cerita, santubong dan sejinjang bergaduh disebabkan masing2 mengaku dialah yang paling cantik. Mereka berdua bergaduh sehingga menyebabkan santubong retak pada pipi dan wajah nya dan keretakan tersebut terserlah pada kewujudan gunung santubong sehingga kini. Namun, santubong tidak mahu mengalah dengan membalas balik perbuatan sejinjang sehingga menyebabkan kepala sejinjang berderai dan berterabur menjadi gugusan pulau kecil yang terletak dikawasan perairan santubong sehingga kini.

Gunung santubong dikatakan terjadi daripada retaknya wajah puteri tersebut akibat pergaduhan dengan sejinjang

Tetapi kisah ini cuma menjadi kenangan dan ingatan untuk tatapan warga dan generasi kini. Sekian.

RJ :)
*maaf sekiranya terdapat kesalahan bahasa dsb. 

 

DEBARAN UPSR 2013

MURID-MURIDKU yang ber UPSR tahun ni...

Salam. Terasa lama pula RJ ber'cuti' daripada mengirim 'post' dalam blog RJ ni. Biasalah, ada kekangan kesihatan dan sebagainya. Cuti2 ni teringat pulak kat murid2. Saya sekali lagi diamanahkan untuk mengajar salah satu subjek UPSR iaitu Sains. Jadi tahun ni agak berdebar juga untuk memberikan seberapa banyak input dan melakukan yang terbaik untuk murid2.

murid-murid tahun 6 SK ULU PELAGUS
Tahun ni seramai 9 orang calon yang bakal menduduki UPSR..ni diaa wajah2 hero dan heroin yang bakal membintangi filem UPSR yang bakal ditayangkan september ni. Semoga mereka akan melakukan yang terbaik untuk diri mereka, keluarga, sekolah .. :)

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan... harus berusaha !!! 

RJ :)


Friday 8 February 2013

DOLOK MAREK : PRAKTIKUM 1 SK KPG MELAYU, SAMARAHAN

Kenangan di SK KPG MELAYU, Kota Samarahan

Salam kepada pembaca RJ yang dihormati :). Post kali ni RJ nak share pengalaman sewaktu menjalani praktikal/praktikum di SK Kpg Melayu di Kota Samarahan. Sekolah ni lebih kurang 30 minit dari pusat pengajian saya di kawasan Samarahan. Sekolah ni lah tpt praktikum yg pertama selama sebulan. Tempoh masa sebulan tersebut bagaikan titik permulaan kepada anjakan dalam kerjaya sebagai pendidik. Sungguhpun tempohnya agak singkat, bermacam-macam pengalaman pertama berada dan bertugas di sekolah @ suasana yg 'real' di sekolah. 

Memang satu pengalaman yg tidak dapat dilupakan ketika 'berkhidmat' di sekolah tersebut. Semua staff di sekolah tersebut sgt baik dan 'best'. Pengalaman saya ditugaskan untuk mengajar Tahun 4 ketika itu memberikan pengalaman yang baharu, mengendalikan beberapa org murid yang 'special' ketika itu. (tahun 2010). 

Kenangan yg tidak dapat dilupakan, 'sekolah banjir'. :) ketika air pasang, peratusan sekolah dinaiki air sangat tinggi dan semuanya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Pengalaman yg sgt best! :) 'sediakan payung sebelum hujan'. 

TERIMA KASIH SK KPG MELAYU atas kenangan yang terindah ... :)

ketika sesi KOKU di SK Kpg Melayu...gigih berkawad....

banjirrrr!...hati2... budak2 semua seronok tgk air banjir.. :)

SK KPG MELAYU :)

salah satu sesi pembentangan kerja kumpulan di kelas tahun 4..

Bajirr lagiii...

bersedia ...kemana??? hehe

Sebahagian daripada kenangan RJ semasa berada di SK KPG MELAYU... mungkin perkongsian ini cuma sekelumit daripada seluruh kenangan saya berada di sekolah tersebut. Tetapi saya berharapa agar semua pembaca RJ serba sedikit terhibur dengan perkongsian ini.

TQ ...RJ:)

COP SANA COP SINI...SANA SINI ADA COP!...

Menceriakan Hari Pelajar...

Salam. Diharap pembaca blog RJ semuanya dalam keadaan yang sihat dan ceria ya. mentang2 lah post kali ni ada kaitan dengan 'ceria' :) Pelajar ceria, cikgu pun nak ceria. 

'cop' yang membuatkan hari-hari ceria murid2ku...
sambungan... 

Pada hemat RJ, RJ rasakan, masing2 ada byk cara untuk menimbulkan minat serta motivasi kepada murid-murid untuk melakukan yg terbaik semasa P&P di dalam kelas. Motivas intrinsik mahupun extrinsik. Saya secara peribadinya, menggunakan salah satu pendekatan seperti yang telah dipaparkan dalam kiriman foto di atas ini. 'COP' sana sini tersebut salah satu motivasi atau galakan kepada murid untuk melakukan yang terbaik.

Pada hemat RJ, apa yg cantik dan menarik di mata murid2 akan menimbulkan minat murid-murid untuk melakukan sesuatu yang terbaik semasa sesi P&P dijalankan. Walaupun ada sesetengah daripada mereka agak 'sukar' untuk dibentuk. TETAPI, dengan adanya motivasi yang diberikan guru, semestinya mereka mahu berusaha walaupun ada ketikanya rasa nak 'give up' pun ada. 

Itulah cabarannya..RJ ternampak cop2 di atas ni dijual di sebuah kedai alat tulis yang agak kecil dan pandangan mata saya terus ternampak 'cop2' comel ini dan ianya sesuai untuk memberikan galakan kepada murid2 dalam latihan yang dibuat mahupun ujian dan sebagainya.

Saya amat berharap suatu hari nanti, anak2 didik akan berjaya mengejar cita2 mereka. Sesungguhnya, doa daripada guru adalah makbul. Amin. In Sha ALLAH..

RJ ;)

Tuesday 5 February 2013

BANTUAN 1MALAYSIA

SYUKUR dan TERIMA KASIH

Salam dari RJ. Esok, murid-murid di sekolahku akan menerima bantuan persekolahan 1Malaysia yang bernilai RM100 seorang. Tanggungjawab guru kelas untuk membahagikan kepada setiap murid dalam kelas masing-masing. Bertuahnya mereka sekarang, hidup dalam keadaan ekonomi yang stabil. Menjadi harapa guru dan nasihat kepada mereka untuk menggunakan dan memanfaatkan bantuan tersebut sebaiknya dan bukannya digunakan untuk keperluan yang tidak sepatutnya. 

Seramai 60 orang murid SKUP akan mendapat bantuan ini dan sedikit sebanyak meringankan beban para ibu bapa mereka menanggung perbelanjaan keperluan anak-anak mereka. RJ begitu berharap agar bantuan sebegini diteruskan bagi tahun-tahun yang mendatang. 

Gaga amat bala nembiak, sidak apai indai nembiak nerima ka duit bantuan ya ka udah diberik cdak kerajaan. Pagila nyuak ka bantuan tu ngagai semua nembiak. cewahh, jaku iban.. :)

bantuan RM100 kepada pelajar sekolah
Diharap dengan adanya bantuan seumpama ini akan dapat membantu meningkatkan kualiti murid-murid dalam pelajaran khasnya dan kehidupan seharian amnya.

TQ..RJ:)


Sunday 3 February 2013

NYAK WAI..BALA NEMBIAK KU...

Pelbagai Ragam...Pelbagai Gaya..

Salam. Post RJ kali ni, RJ nak share beberapa momen yang menyingkap lensa RJ. Murid-murid yang berada di SKUP semuanya best2 dan 'ohsem2'. Pelbagai keletah dan gelagat murid-murid ni yang menjentik jiwa RJ. Saya juga percaya setiap guru yang berada kat sekolah masing2 mempunyai pendapat mereka masing2 tentang murid mereka. So far, RJ rasa gembira dan berpuas hati selama berada di sini. 

Jadi, RJ nak share beberapa keping foto kat ruangan RJ ni. Have Fun! :)

gelagat 'nembiak' berebut bola ketika perlawanan bola sepak...

berselindung di bawah payung yang 'pink' sangatt..

poseee!!.. alaa Pauline, besarnyerr payung anda..hehe

kaki kemana..bola kemana ehhehe..mcm2 gaya dorang ni..

bola tempat lain..jatuh tempat lain..hehe

gaya dan lagak mcm pengurus jak..ALEX F. katakan ehehe
sekadar perkongsian buat rakan pembaca RJ. RJ akan kembali dengan 'updates' yg byk lagi..Take cara.

RJ:)

Saturday 2 February 2013

IMBASAN...RJ DAN LAMBAIAN KAABAH 2005

Memori Ketika Hajj 2005

Salam. Post kali ini, RJ ingin berkongsi bersama-sama rakan pembaca RJ sekalian tentang memori ketika sesi Haji 2005 yang saya sendiri telah dijemput menjadi 'tetamu-Nya' bersama keluarga tercinta. Memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kenangan yang telah bersemi selama 8 tahun itu. Pada 2005, RJ berumur 17 Tahun dan saya amat bertuah dan bersyukur kerana telah dipilih untuk menjadi tetamuNya pada Hajj 2005 tersebut. 

Saya pada masa itu telah sibuk dengan ujian SPM 2005 dan tiba suatu ketika, ibu bapa saya memberitahu yang 'kami' telah terpilih untuk menjejak kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah. Saya berasa agak tergamam seketika dan pada masa yang sama hati berasa gembira kerana menjadi salah seorang daripada berjuta umat islam yang dipilih untuk ke'sana'. 

Dipendekkan kisah, kurang lebih seminggu selepas tamat SPM 2005, iaitu awal Disember 2005, saya dan keluarga berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadat Haji di sana. Kami antara 3 penerbangan jemaah haji Sarawak dan kami berangkat ke sana menggunakan penerbangan catar haji KT46 terus ke Jeddah. Berbaur rasa dan pelbagai benda berlegar di fikiran ketika itu dan saya berdoa kepada Allah, semoga urusan kami dipermudah.

Seperti jemaah haji yang lain, kami telah diagihkan kepada muassasah yang menjaga kami. Saya seperti tidak menjangkakan saya akan menjejak kaki di bumi Allah dan sepanjang perjalanan itu rasa berdebar, bulu roma menegak dan macam2 lagi. Syukur, kami telah sampai dengan selamat. Terasa kecil diri ini melihat keagungan Nya melihat di depan mata Kaabah dan menjejak kami ke dalam Masjidil Haram. Subhanallah. Mengalir juga air mata kerana terharu dan gembira dapat bertamu di sini.

Pelbagai tempat, kenangan dan cabaran telah dilalui sepanjang lebih kurang 42 hari berada di bumi Allah. Macam2 gelagat manusia yang berkunjung ke bumi Nya ini. Memang menjadi setiap muslim ingin menjejak kaki ke bumi Allah ini dan menjadi salah satu Rukun dalam islam, mengerjakan Haji bagi yang mampu. Syukur, Allah telah memberikan kemampuan kepada saya, bukan setakat mampu secara lahiriah bahkan secara insaniah. 

Saya juga sempat menziarah ke beberapa tempat di tanah suci seperti Gua Thur, kawasan ternakan unta di madinah, masjid quba', qiblatain, perkuburan baqi', jabal uhud, bukit pemanah dan banyak lagi tempat di sana. Antara momen yang paling diingati adalah saya diberikan peluang dan ruang untuk pergi ziarah ke makan Nabi Muhammad SAW di Masjidil Nabawi di Madinah. Subhanallah. Walau berhimpit dengan jemaah lain, syukur ruang itu ada untuk diri saya menziarah walau beberapa minit sahaja. Alhamdulillah.

Hari kemuncak ibadah adalah 'wukuf' di padag Arafah. memohon doa meminta ampun kepada pencipta agar segala kesalahan diampunkan dan setiap daripada insan akan berasa sebak kerana kita manusia tidak lari dari dosa. Dengan peluang ini, in sha ALLAH dapat menjadi salah satu jambatan untuk menuju keampunan dan keredhaan daripadaNya. Sungguh indah segala aturan yang telah dirancang oleh Nya.

Pengalaman selamah lebih sebulan disana mengajar saya banyak pengalaman serta pengajaran ikhtibar untuk saya mengharungi apa jua yang mendatang. Cerita dan kisah ini sekadar perkongsian kecil daripada saya dan mungkin tidak dapat digambar dengan kata-kata. mungkin juga para pembaca mempunyai pengalaman perkongsian daripada mereka2 yang lain yang juga sudah menjejak kaki ke tanah suci tersebut. 

Foto2 di bawah ni, RJ nak kongsikan kepada rakan2 pembaca RJ :)

Bergambar bersama parent selepas selesai melontar jamrah di Mina. Syukur ketika waktu tersebut jemaah lain tidak begitu ramai..

memori bergambar di hadapan masjid nabawi di madinah.. :)

beberapa hari selepas sampai dari Malaysia...lawatan ziarah ke kawasa Jabal Thur..

bergambar wif family dan posing bersama unta ...

kenangan sewaktu berangkat ke tanah suci...sebelum menaiki pesawat... kereta bomba jadilah hehe

ladang unta..best!..

Sekian saja sesi perkongsian RJ kali ni. Semoga kita akan terus aman damai di bumi Tuhan ini.

RJ :)