Friday 18 March 2016

SANTAPAN MINDA



SELAMATKANLAH BUMI KITA

Bumi kini kian dimamah 'usia' seperti juga manusia. Namun kita tidak tahu sejauh mana bumi kita bertaha kerana 'antibodi' bumi semuanya bergantung kepada sikap manusia itu sendiri. 
Penjimatan Elektrik merupakan salah satu cara penjimatan yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Bagaimana?

  • Padamkan suis elektrik/ perkakas elektrik selepas digunakan.
  • Gunakan mentol yang rendah 'watt' nya. (mentol putih lebih baik daripada mentol kuning)
  • dan banyak lagi penjimatan yg tanpa kita sedari kita telah lakukannya.
 
Sama-sama kita bantu 'BUMI' untuk 'sihat' dan 'sejahtera' dan JANGAN LUPA banyak lagi cara untuk kita SELAMATKAN BUMI tercinta ini. 
 
 

Saturday 16 March 2013

PELANGI PETANG !!!

Salam kepada semua pengunjung RJ ..dari lensa RJ.. :)

pelangi petang..kuasa ALLAH SWT
biarlah gambar yang berbicara..Subhanallah..besarnya dan agungnya kuasa Allah SWT .:)

RJ :)

RIADAH...BOLA TAMPAR!!

berseronok!

Salam kepada pengunjung blog RJ. Sudah lama kiranya saya tidak berkesempatan untuk 'update' si RJ atas beberapa kekangan kerja dan sebagainya. this weekend saya 'stay in' kat sekolah sebab murid2 pun ada yg 'stay in' juga. So ptg ni ajak murid2 utk sama2 bermain bola tampar. Melihat kepada keadaan prasarana di sini yg agak 'ditelan' usia, tapi tetap bersemangat utk 'berseronok'. Saya puji semangat murid2 yg tidak menghiraukan sebarang kekurangan yang ada.

melihat kesungguhan mereka .. :)
RJ :)

Wednesday 27 February 2013

SAYANG APA ADANYA...

MENYAYANGI MEREKA APA ADANYA

Salam kepada semua pembaca blog RJ. Terasa sudah lama saya tidak mengirimkan 'post' terkini dalam blog RJ ini dek kerana beberapa kekangan yang harus saya hadapi. Ada apa dengan tajuk 'post' RJ pada hari ini?? Saya sebagai seorang guru novis yang baru berkecimpung dalam bidang pendidikan ini sedar betapa pentingnya usaha dalam mendidik dan mencurahkan ilmu kepada murid-murid. 

ihsan dr GOOGLE :)
Setiap murid ada perbezaan kelebihan masing-masing. Seperti murid-murid saya, tidak dinafikan bahawa ada diantara mereka mempunyai tahap kefahaman yang berbeza-beza. Walaupun mereka mempunyai kemampuan yang berbeza saya tetap memberikan tumpuan yang sama rata kepada mereka, yakni tiada sikap pilih kasih sesama mereka. 

Memang pada mulanya, saya agak risau dan ragu-ragu dengan kebolehan sama ada saya dapatkah mentadbir sebuah kelas yang mempunyai murid-murid yang sedemikian. Walau bagaimanapun, rasa itu dapat dihakis dan dikikis sedikit demi sedikit dan saya cuba untuk mengikut 'rentak' mereka.

Tidak pernah ada rasa untuk mengeluh kerana saya faham kebolehan murid-murid saya. Saya mencuba untuk menjadi lebih positif dan syukur semuanya boleh diatasi dari hari ke hari. Selagi ada ruang untuk membentuk peribadi dan tingkah laku mereka, selagi itu saya cuba dan berusaha untuk memperbaikinya.

murid-murid punyai kebolehan dan kepelbagaian masing-masing
Murid-murid adalah penyeri sesebuah bilik darjah kerana mereka adalah amanah bagi mereka yang bergelar pendidik. Apa adanya mereka, saya tetap menyayangi mereka. 

RJ :)

Wednesday 20 February 2013

FOTO 'NEMBIAK'

Hanya gambar tak perlu kata apa-apa .. Salam RJ :)

murid-muridku...TAHUN 5/2013

PSV...BIDAN TERJUN

WARNA DAN MEWARNA...

Salam. Semoga pembaca blog RJ sihat2 semuanya disamping orang tersayang. Subjek PSV adalah salah satu subjek yang digemari oleh saya sewaktu di sekolah dulu. Sehingga sekarang pun saya memang meminati hasil2 seni dan membuat aktiviti yang berkait rapat dengan kesenian. Walaupun saya tidak mahir melukis mahupun mewarna tetapi rasa mahu mencuba amat mendalam dan saya 'enjoy' melakukan. DO IT WITH PASSION.. :)

Hari ini sesi mewarna dan membuat corak lukisan harmoni bersama murid-murid. Walaupun mengajar subjek bukan major atau elektif tetapi saya tetap seronok bersama murid-murid mengajar dan belajar. Sama-sama belajar untuk meningkatkan dan memantapkan kemahiran dalam bidang yang diluar kebiasaan.

gelagat murid2ku mewarna dengan warna yang bertaburan di atas meja
Jom warnai dunia anda. :)

RJ :)

Monday 18 February 2013

JOM NYANYI!

Lagu KING KONG !..

Salam diucapkan kepada pembaca2 blog RJ. Semoga waktu ini kalian dalam keadaan yang sihat, ceria dan gembira. RJ pada entri kali ini ingin berkongsi lagu yang mungking tidak berada dalam carta Hot FM 30 atau ERA 40 atau muzik2  hehe.. Lagu 'King Kong' ini adalah hasil ciptaan seorang sahabat RJ ketika menuntut dahulu dan sering digunakan ketika sesi 'Orientation' ataupun pada awal2 sesi P&P untuk menarik minat murid-murid.

Lagu ini mesti disertai dengan pergerakan atau gaya king kong mengikut bait2 lirik yang telah tersenarai. Jika lirik kata 'makan' kena buat aksi 'makan' lebih kurang mcm itulah..Bait2 lirik lagu 'King Kong' ini adalah seperti di bawah ini.;

KING KONG BADANNYA BESAR...HUK HUK
TAPI KAKINYA PENDEK..HUK HUK
SUNGGUH ANEH BINATANG INI..

(GAYA SEEKOR KINGKONG SAMBIL PUSING KELILING, 
TANGAN TEPUK ATAS KEPALA)
BADANNYA BESAR
KAKINYA PENDEK ...HUK HUK..




Lirikny mungkin ringkas tapi mungkin akan memberikan keseronokkan apabila dilakukan dengan kanak-kanak. :)

RJ :)