Friday 15 February 2013

RANDAU BERPANTUN...

Jom berpantun...

Salam. RJ kali ni nak mengajak semua berpantun. Pantun merupakan salah satu medium hiburan melayu yang telah digunakan sejak berkurun lamanya. Pantun adalah warisan yang harus dikekalkan bukannya dilupakan walaupun dengan wujudnya pelbagai medium yang canggih yang tumbuh bak cendawan selepas hujan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5ICrEec-bu7_uI58zSbHJ279sunDGrd5SB78eezjlaq2kuxbataSpCW_EXZr1epi6gv7Ms54qoRgBLW4pnJTgXzDgrzsSwKfMmkVrXQ_dYr7jwuc07OmwNW5bB1xWJ9P4dZ3sJJod_tk/s1600/pantun+jenaka.jpg
ihsan encik GOOGLE :)



Buah cempedak di luar pagar, 
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Buah pauh delima batu,
Anak sembilang ditapak tangan,
Biar jauh beribu batu,
Akan selalu dalam ingatan.

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.

Rambai lebat tepian padi
Dimakan keldai santapan tenaga
Wahai sahabat jalinan abadi
Takkan terlerai takkan dilupa

Kisah disebut kisah ditutur
Pantun menyambut cerita diatur
Lidah dan mulut madah dihambur
Santun bertaut indah nan luhur.

Senyumnya indah semua mengendah
Gurau dan senda rencah bahgia
Angkara marah semua melatah
Walau berduka susah bersama

Danau seberang sepi buana
Pulau yang indah cengal dan rotan
Kalau dah senang dikongsi bersama
Walau susah ditinggal jangan

Merbah hutan singgah di laman
Laman mawar uda dan dara
Akulah rakan akulah teman
Teman penawar duka dan lara

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di ruas buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah berkarang jari sepuluh



https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQkW9no-cTsRxQD9N7LXOza-5YR95jVoEE2mSa09YsAbgRdAx1c
Pelawak, Abon ..seorang artis/pelawak yang bijak dalam mencanai ayat berpantun..

 *
Untuk mencipta pantun, empat kerat atau dua kerat adalah yang paling senang untuk ditulis. ayat setiap baris mesti kurang 12 suku kata untuk bunyi yg 'cantik'. Hujung setiap baris mesti rima A,B,A,B barulah betul... itu yg 'basic' kalau RJ tak silap.. apa2pun semoga semua 'enjoy' berpantun.. :)

Sekian sahaja perkongsian RJ untuk entri kali ni. Semoga sahabat2 RJ semua sihat dan terus aman dan damai sentiasa. Amin.

RJ :) 

 

No comments:

Post a Comment