Wednesday 27 February 2013

SAYANG APA ADANYA...

MENYAYANGI MEREKA APA ADANYA

Salam kepada semua pembaca blog RJ. Terasa sudah lama saya tidak mengirimkan 'post' terkini dalam blog RJ ini dek kerana beberapa kekangan yang harus saya hadapi. Ada apa dengan tajuk 'post' RJ pada hari ini?? Saya sebagai seorang guru novis yang baru berkecimpung dalam bidang pendidikan ini sedar betapa pentingnya usaha dalam mendidik dan mencurahkan ilmu kepada murid-murid. 

ihsan dr GOOGLE :)
Setiap murid ada perbezaan kelebihan masing-masing. Seperti murid-murid saya, tidak dinafikan bahawa ada diantara mereka mempunyai tahap kefahaman yang berbeza-beza. Walaupun mereka mempunyai kemampuan yang berbeza saya tetap memberikan tumpuan yang sama rata kepada mereka, yakni tiada sikap pilih kasih sesama mereka. 

Memang pada mulanya, saya agak risau dan ragu-ragu dengan kebolehan sama ada saya dapatkah mentadbir sebuah kelas yang mempunyai murid-murid yang sedemikian. Walau bagaimanapun, rasa itu dapat dihakis dan dikikis sedikit demi sedikit dan saya cuba untuk mengikut 'rentak' mereka.

Tidak pernah ada rasa untuk mengeluh kerana saya faham kebolehan murid-murid saya. Saya mencuba untuk menjadi lebih positif dan syukur semuanya boleh diatasi dari hari ke hari. Selagi ada ruang untuk membentuk peribadi dan tingkah laku mereka, selagi itu saya cuba dan berusaha untuk memperbaikinya.

murid-murid punyai kebolehan dan kepelbagaian masing-masing
Murid-murid adalah penyeri sesebuah bilik darjah kerana mereka adalah amanah bagi mereka yang bergelar pendidik. Apa adanya mereka, saya tetap menyayangi mereka. 

RJ :)

No comments:

Post a Comment