Thursday 24 January 2013

SEBAGAI SEORANG 'PENGAJAR' A.K.A 'CIGU'

18 Januari 2012

Ada apa dengan tarikh diatas? Hurmm, 18 Januari 2012 bermulah langkahku sebagai seorang 'pengajar' atau 'cigu' bahasa panggilan (Iban) di salah sebuah kawasan pedalaman di bahagian Kapit, Sarawak. Yeah! Setelah 5 1/2 tahun, akhirnya khidmatku diperlukan di sana. Syukur!

SK ULU PELAGUS, 96800 KAPIT, SARAWAK
skulupelagus.blogspot.com


cer cari kat mana sekolah saya..huhu... mula2 risau jugak bila mengetahui tentang penempatan pertama saya di sana. (arghh forget it!) ^_^ beberapa minggu, bulan dan sampai sekarang, "terukir di bintang, tak mungkin hilang cintaku padamu" mcm itu lah perumpamaannya.. JUST LOVE IT! 'a place like no others!"

Terdapat 40+ buah sekolah yang terletak di kawasan PPD Kapit dan majoritinya adalah kategori 'pedalaman'. Sekolah saya terletak di bawah 'pelagus rapid' atau dikenali sebagai jeram pelagus, that's why sekolah saya terletak dalam ZON LOPES singkatan bagi ZON LOWER PELAGUS. Terdapat 3 buah sekolah sahaja dalam zon ini iaitu, SK ULU PELAGUS, SK NANGA PELAGUS dan SK NG. ENCEREMIN dan juga merupakan zon yang paling sedikit sekolahnya.

Untuk siapa2 yang belum pernah ke sini (Kapit), Kapit merupakan bahagian terbesar di Sarawak dan jalan perhubungan adalah melalui sungai rajang sahaja...kena naik 'flight' atas sungai iaitu express untuk ke Kapit dan Song. Jangan bimbang! anda semua akan merasai pengalaman yang baharu menaiki boat express Sibu-Kapit. Bah, mupok duluk kami, legi 'post' utai baru...

-[^_^] RJ-


No comments:

Post a Comment